A needless Death!

Baca tak kat Utusan hari ni??

A mother left her children unattended at the house for a moment and it burnt down, and one of her children died.

Article below.

The stuff of my worst nightmares.

You know what I think- more neighbours who you can trust - or a centre each neighbourhood where you can leave them for a while- or even free babysitting services for those who cannot afford it.

The Malay Mail siap run a test to see how easy they can "fish" the kids - 5 out of 6 kids responded to their questions - not at all scared by strangers...and the parents nowhere to be found- especially at playgrounds...

I think , we should have a guard over each playground (macam lifeguard) - paid by the nearby residents- you can protect your things with a security guard- you can't pay to secure your child? or, if the government is seriously sincere in reducing these type of cases, give money to pay for these Makchik Guard (sorry lah nak bagi Pakcik Guard- karang dia yang buat naya)

Kesiann that child yang mati kena bakar....

Kanak-kanak ditinggalkan ibu mati dalam kebakaran
KUALA LUMPUR 7 Okt. - Tindakan seorang ibu tunggal meninggalkan tiga anaknya berusia dua hingga empat tahun di rumah tanpa pengawasan membawa padah apabila salah seorang daripadanya maut dalam kebakaran di sebuah rumah kedai di Jalan San Peng di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 1.35 petang itu, mangsa, seorang kakak-kanak perempuan berusia satu tahun lima bulan, Mas Sarimah Zulkifli, meninggal dunia akibat melecur teruk di tangan, kaki dan muka.
Dua abang mangsa, masing-masing berumur tiga dan empat tahun sempat diselamatkan oleh jiran selepas memecahkan tingkap rumah tersebut.
Difahamkan, ketika kejadian itu, ibu tunggal berkenaan yang dipercayai berasal dari Terengganu meninggalkan rumah dan anak-anaknya itu untuk keluar bekerja dalam keadaan pintu berkunci.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Pudu, Mohd. Ramali Arbai berkata, pihaknya menerima panggilan kebakaran itu kira-kira pada pukul 1.37 tengah hari dan tiba di tempat kejadian kira-kira dua minit kemudian.
Jelasnya, bomba berjaya memadamkan kebakaran tersebut kira-kira 20 minit kemudian.
“Kebakaran itu hanya melibatkan bilik utama rumah itu dan mayat kanak-kanak itu dijumpai dalam keadaan tertiarap.
“Kami sangkakan ia anak patung kerana keadaannya yang tertiarap dan apabila tengok betul-betul barulah kami tahu ia sebenarnya mayat kanak-kanak,’’ katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.
Sementara itu, ibu mangsa enggan ditemui bual oleh media kerana masih bersedih dan terlalu terkejut.
Dalam perkembangan sama, seorang jiran mangsa, Mohd. Hairel Mohd Hassan, 29, ketika ditemui berkata, ketika kejadian beliau mendengar suara kanak-kanak menjerit meminta pertolongan.
``Ketika itu, saya dan beberapa orang jiran lain cuba membuka pintu, tetapi ia berkunci.
``Ketika itu beberapa jiran lain sudah memecahkan tingkap di bilik dan berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak tanpa menyedari ada seorang lagi kanak-kanak di dalam rumah itu,’’ jelasnya.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zulkarnain Abd. Rahman ketika dihubungi berkata polis menyiasat kes itu dari pelbagai sudut.
``Kita menyiasat sama ada kebakaran itu dengan niat atau tanpa niat sebelum mengambil tindakan,’’ katanya.
Mayat kanak-kanak yang rentung itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat manakala polis dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran.-Utusan

Comments

WANSHANA said…
Al-fatihah...

It is so, so sad...

The thing is, this is not the first time that something like this happened.

I could not and cannot understand how parents could LOCK their young kids in the house without any adults around! I guess due to their circumstances, some parents just don't have a choice? BUT, having said that, there surely is a safer option out there, don't you think?

You're right - something must be done to make sure that parents, especially those who just could not afford child minders, day care, play school, etc, can send their kids to a special place while they go out mencari rezqi...
Its time the politicians get involved, or at least the City Hall-

Anyway , let me take this (cheap) opportunity to wish Selamat Hari Raya to you and family!

Popular Posts